Akikah/Korban/ Nazar/ Dam Hayya Travel & Tour

IBADAH AKIKAH, KORBAN, DAM DAN NAZAR BERSAMA HAYYA TRAVEL & TOUR

Penyembelihan haiwan adalah antara ibadah mulia dalam Islam yang disyariatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sama ada akikah untuk menyambut kelahiran anak, korban pada Hari Raya Aidiladha, dam sebagai fidyah atau nazar yang telah diikrarkan - semuanya adalah bentuk ketaatan dan kesyukuran kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Kautsar ayat 2:

"فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ"

"Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah!"

Dalam Surah Al-Hajj ayat 37, Allah SWT juga menegaskan:

"لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنْكُمْ"

"Daging dan darah haiwan tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan daripada kamu."

Hayya Travel & Tour komited membantu anda menunaikan ibadah penyembelihan dengan amanah, patuh syariah dan penuh ketelusan. Kami menawarkan perkhidmatan akikah, korban, dam dan nazar di lokasi terpilih dengan harga yang berpatutan, lengkap dengan sijil, video dan gambar sebagai bukti penyembelihan.


MENGAPA MEMILIH HAYYA TRAVEL & TOUR?

Mudah & Dipercayai – Kami komited menyediakan perkhidmatan korban yang amanah dan telus untuk memudahkan ibadah anda.

Patuh Syariah & Berlandaskan Sunnah – Setiap proses penyembelihan dilaksanakan mengikut syarak yang betul dengan akad yang jelas dan penyembelihan yang menepati kehendak syariat Islam.

Bukti Gambar & Video – Pembuktian amanah terlaksana dengan gambar dan video sembelihan yang dihantar terus kepada anda untuk ketenangan hati.

Khidmat Sokongan Menyeluruh – Daripada proses pendaftaran, pembayaran, penyembelihan hingga laporan, kami sedia membantu dan menyantuni anda sebaik mungkin.

Tertakluk pada terma & syarat pembelian

CARA DAFTAR - MUDAH & PANTAS

Tentukan Pilihan Anda – Pilih pakej, jenis haiwan dan lokasi penyembelihan yang sesuai.

Lengkapkan Maklumat – Isikan butiran pendaftaran dengan lengkap untuk memudahkan proses.

Selesaikan Bayaran – Bayar secara online dengan selamat dan urusan segala ibadah anda diserahkan kepada kami.

KONFIRMASI PANTAS DALAM MASA 48 JAM

Pendaftaran anda akan diproses dengan segera. Pengesahan akan dihantar dalam tempoh 48 jam, insya-Allah. 

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kami bersedia membantu:

Ibu pejabat Hayya Travel & Tours (HQ) : 


No 15-2, Jalan USJ 21/11,

47630 Subang Jaya,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

[Selangor]

Pejabat HQ : 03 8081 5557


Cawangan Chendering, Terengganu : 

PT P2-1 Pembangunan Desa MBKI Wakaf Tok Keh, Chendering

21080 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

[Terengganu]

Pejabat HQ Cawangan Chendering : +6012-965 3554

Customer service : 

Pn Saibah Binti Zakaria - Saibah
En Muhammad Bukhari Bin Mohamad Kamal - Bukhari

Instagram - Hayya Travel
Facebook - Hayya Travel
TikTok - Hayya Travel
Onpay - Hayya Travel


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Akikah Kambing Makkah
Akikah Lembu Makkah
Akikah Unta Makkah
Dam Kambing Makkah
Dam Unta Makkah
Korban Kambing Makkah
Korban Lembu Makkah
Korban Unta Makkah
Nazar Kambing Makkah
Nazar Lembu Makkah
Nazar Unta Makkah
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

*1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu/unta hanya untuk 1 nama peserta sahaja. Sertakan juga Tambahan Nama Peserta Qurban jika melebihi 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu/unta.
Saya bersetuju untuk membayar Ringgit Malaysia (Ringgit Malaysia seperti yang tertera di atas) kepada My Qurban untuk membeli binatang (kambing/kambing biri-biri/lembu/unta) yang sempurna sifatnya untuk tujuan penyembelihan, berdasarkan lokasi yang terpilih (seperti yang tertera di atas) berdasarkan kontrak Shariah yang dipersetujui. Saya dengan ini melantik My Qurban sebagai Wakil Mutlak dan/atau wakil selainnya untuk menguruskan keseluruhan proses penyembelihan daripada pemilihan binatang, penyembelihan dan pengagihan daging sembelih untuk tahun ini kerana Allah Ta'ala. Saya juga faham dan bersetuju dengan terma dan syarat sepertimana yang telah termaktub di dalam kontrak tersebut.

BUTIRAN PEMBAYARAN